Jumaat, 23 Julai 2010

Lepasan pengajian pondok perlu ceburi ilmu lain


Ditulis Oleh
Mohd Sabri Said



Jelasnya, beliau yakin sekiranya mereka dapat mempelajari ilmu yang boleh meningkatkan kemahiran hidup ia merupakan satu kelebihan yang sukar ditandingi.
"Pelajar lepasan pondok perlu mempersiapkan diri dengan ilmuan lain sama seperti mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan, pengurusan ataupun kaunseling. Ilmuan itu amat berguna untuk memberi imej baru pada golongan tersebut dari hanya dikenali sebagai pembaca doa, iman, ustaz dan sebagainya, " tegas beliau ketika berceramah sempena majlis perasmian An-Nahdoh Inn, Penanti, Bukit Mertajam semalam.
Beliau bangga An-Nahdoh Inn sebuah rumah tumpangan bercirikan Islam lahir di tengah-tengah perkampungan Melayu di Kampung Petani, Bukit Mertajam.
Lokasinya yang unik kerana tidak jauh dari jalan susur keluar dari Tol Kubang Sebang di Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).
Kejayaan ini merupakan sumbangan orang ramai hasil ilham seorang anak muda yang hanya kelulusan dari sebuah institusi pondok.
"Ustaz Mutalib Maarof seorang yang gigih untuk mengambarkan imej tersebut. Beliau bukan sahaja terlibat dengan dakwah sebagai penyampai mesej Islam kepada masyarakat tetapi juga berjaya melangkah ke alam perniagaan berasaskan pembinaan, " kata beliau.
Menurutnya lagi, jika ada latar belakang agama yang kukuh nescaya gejala kotor seperti rasuah, penyelewengan tidak boleh berlaku.
Inilah yang kita mahukan sambungnya, kerana setiap kerja mesti ada hubung kait dengan perutusan Allah SWT jangan pandai sendiri sehingga boleh membawa padah pada diri, masyarakat dan negara.
Sementara itu, Ustaz Mutalib Maarof ketika berucap dalam ucapan alu-aluan berkata, hasratnya melihat sebuah rumah tumpangan bercirikan Islam terlaksana hasil kemuafakatan yang jitu antara jawatankuasa pentadbir dan penyumbang.
Akhirnya projek bernilai RM1.1 juta menjadi kenyataan. Di mana sesiapa pun boleh menyewa dengan kadar RM75.00 semalam dan potongan 10 peratus kepada ahli An-Nahdoh akan diberikan.
Selain menempatkan 33 bilik tidur, An-Nahdoh Inn juga dilengkapi dengan ruangan restoran, seminar, bilik mesyuarat, ruang istirehat dan dorm untuk keluarga besar.
An-Nahdoh Inn setinggi tiga tingkat dirasmikan pecah tanah pada awal tahun 2006 oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.
Sebelum itu, Yayasan An-Nahdoh mendirikan sebuah kompleks bernilai RM1.4 juta untuk perhimpunan besar di samping mendengar halwa telinga dari kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Mutalib Maarof sendiri pada setiap pagi hari Sabtu. - mks.

berrsumber dari klik di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan