Jumaat, 23 Julai 2010

Lepasan pengajian pondok perlu ceburi ilmu lain


Ditulis Oleh
Mohd Sabri Said



Jelasnya, beliau yakin sekiranya mereka dapat mempelajari ilmu yang boleh meningkatkan kemahiran hidup ia merupakan satu kelebihan yang sukar ditandingi.
"Pelajar lepasan pondok perlu mempersiapkan diri dengan ilmuan lain sama seperti mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan, pengurusan ataupun kaunseling. Ilmuan itu amat berguna untuk memberi imej baru pada golongan tersebut dari hanya dikenali sebagai pembaca doa, iman, ustaz dan sebagainya, " tegas beliau ketika berceramah sempena majlis perasmian An-Nahdoh Inn, Penanti, Bukit Mertajam semalam.
Beliau bangga An-Nahdoh Inn sebuah rumah tumpangan bercirikan Islam lahir di tengah-tengah perkampungan Melayu di Kampung Petani, Bukit Mertajam.
Lokasinya yang unik kerana tidak jauh dari jalan susur keluar dari Tol Kubang Sebang di Lebuh raya Butterworth-Kulim (BKE).
Kejayaan ini merupakan sumbangan orang ramai hasil ilham seorang anak muda yang hanya kelulusan dari sebuah institusi pondok.
"Ustaz Mutalib Maarof seorang yang gigih untuk mengambarkan imej tersebut. Beliau bukan sahaja terlibat dengan dakwah sebagai penyampai mesej Islam kepada masyarakat tetapi juga berjaya melangkah ke alam perniagaan berasaskan pembinaan, " kata beliau.
Menurutnya lagi, jika ada latar belakang agama yang kukuh nescaya gejala kotor seperti rasuah, penyelewengan tidak boleh berlaku.
Inilah yang kita mahukan sambungnya, kerana setiap kerja mesti ada hubung kait dengan perutusan Allah SWT jangan pandai sendiri sehingga boleh membawa padah pada diri, masyarakat dan negara.
Sementara itu, Ustaz Mutalib Maarof ketika berucap dalam ucapan alu-aluan berkata, hasratnya melihat sebuah rumah tumpangan bercirikan Islam terlaksana hasil kemuafakatan yang jitu antara jawatankuasa pentadbir dan penyumbang.
Akhirnya projek bernilai RM1.1 juta menjadi kenyataan. Di mana sesiapa pun boleh menyewa dengan kadar RM75.00 semalam dan potongan 10 peratus kepada ahli An-Nahdoh akan diberikan.
Selain menempatkan 33 bilik tidur, An-Nahdoh Inn juga dilengkapi dengan ruangan restoran, seminar, bilik mesyuarat, ruang istirehat dan dorm untuk keluarga besar.
An-Nahdoh Inn setinggi tiga tingkat dirasmikan pecah tanah pada awal tahun 2006 oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.
Sebelum itu, Yayasan An-Nahdoh mendirikan sebuah kompleks bernilai RM1.4 juta untuk perhimpunan besar di samping mendengar halwa telinga dari kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Mutalib Maarof sendiri pada setiap pagi hari Sabtu. - mks.

berrsumber dari klik di sini

Jumaat, 16 Julai 2010

Borang Pendaftaran Pelajar Baru.

Kepada Tuan/Puan yang ingin mendaftarankan anak taun/puan sila dapatkan borang disini

Khamis, 15 Julai 2010

PENGENALAN

Pra tahfiz ini diberi nama Pra Tahfiz Raudatul Atfal (PTRA) di mana Raudatul Atfal bermaksud “Taman Kanak-kanak”. Pra tahfiz ini diasaskan oleh Al Fadhil Ust Hj Mutalib B. Hj Maafof. Ra tahfiz ini mula beroperasi pada bulan Mac 2005. Pada awal operasi seramai lebih kurang 100 orang pelajar dan dibimbing oleh seramai 5 orang tenaga perngajar, seorang mudirah (pengetua) dan seorang pembantu tadbir.


PTRA ini terletak di mukim 5 Bukit Indera Muda, bukit Mertajam. Pada awal penubuhan penuntut di sini belajar di dakam sebuah madrasah dua tingkat yang sebelum ini ia (madrasah) ini merupakan tempat pengajian kitab-kitab lama (kitab kuning) yang disampaikan sendiri oleh pengasas PTRA. Untuk makluman, pengajian kitab kuning ini sekarang sudah dipindahkan ke Kompleks An-Nahdoh yang jaraknya tidak jauh dari sini.


Rasional

Pengajian teras di sini ialah membaca Iqra dan Al Quran. Pada peringkat awal sebelum seseorang itu membaca Al Quran, mereka akan dilatih mengenal huruf dan ayat Al Quran dengan menggunakan system Iqra.

Selain belajar Iqra & Al Quran, pelajar juga diajar teknik solat mengikut apa yang dituntukan oleh syarak serta asas-asas pengajian fardhu ain yang lain. Pengajian ini merupakan pengajian sampingan yang diajar sebelum solat maghrib dan isyak.

Pusat pengajian di sini ada menyediakan buku rekod pelajar. Prestasi pembelajaran pelajar akan direkodkan tiap-tiap hujung minggu dan akan diberikan kepada ibu-bapa/waris pada tiap-tiap hujung bulan untuk ditandatangan. Disamping ibu-bapa/waris dapat memantau prestasi anak-anak mereka, mereka juga dapat mengetahui akhlak dan kedatangan anak mereka kerana semuanya direkod di dalam buku rekod pelajar ini.

Pelajar yang menjadi sasaran untuk memasuki ke pusat pengajian ini ialah islam, Lelaki/Perempuan yang berumur sekitar sekitar 6 hingga 10 tahun.
Penuntut di sini sekarang sekitar 440 orang. Pelajar yang mengikuti pengajian di sini bukan hanya anak-anak tempatan sahaja, malahan ada fyang dari lunas Kedah pun hadir ke sini. Memandangkan kepercayaaan masyarakat terhad PTRA ini amat tinggi, pada awal tahun 2006 tempat pengajian terlah ditambah ke dalam rumah di sebelah madrasah (tempat permulaan sebagai tempat pengajian) yang rumah itu merupakan bekas rumah pengasas PTRA ini sendiri. Sekali lagi PTRA ini mengorak langkah ke hadapan, pada awal tahun ini (2007) penuntut yang berbaik dikalangan pelajar ini telah dipindahkan ke kompleks An-Nahadoh. Jumlah pelajar di kompleks ini sekarang mencecah 60 orang dan kebanyakannya menumpukan pengajian tajwid dan hafazan.

Tanaga pengajar sehingga sekarang (awal 2007) mencecah 16 orang tidak termasuk seorang mudirah (pengetua) dan seorang pembantu tadbir.
Waktu pengajian di sini hanyalah sebelah malam sahaja, iaitu bermula jam 7.00 petang hingga 9.00 malam. Pada sebelah siangnya mereka mengikuti pengajian sekolah seperti biasa.

Hari persekolahaan dan cuti adalah tertakluk kepada sekolah biasa. Berkenaan cuti perayaan keagamaan selain agama islam pengajian berjalan seperti biasa. Pada bulan Ramadhan kelas pengajian di sini akan bercuti, dan akan dig anti pada cuti semester hujung tahun.

Yuran yang dikenakan bagi tiap-tiap pelajar di sini ialah RM25 sebulan. Yuran inilah merupakan sumber pendapatan utama pusat pengajian ini. Melalui yuran ini elaun tenaga pengajar dan perkerja, bil air, api dan telefon dibayar.


Objektif

1. Melahirkan generasi anak-anak muda yang mahir membaca dan menghafal Al Quran dengan
penuh keyakinan.
2. Menjadi pusat percambahan para alim ulama untuk generasi akan datang.
3. Menanam di dalam jiwa anak-anak muda, Al Quran sebagai panduan dan benteng hidup
di dunai ini.
4. Manjadi ikon/role madel kepada pra tahfiz yang lain dari segi pentadbiran, pembelajaran dan
siasah pelajar itu sendiri.
5. Mewujudkan persaingan “bersih” dengan pra tahfiz yang lain dengan menawarkan
perkhidmatan pengajian yang berkualiti tinggi dan canggih mengikut peredaran zaman baik
dari segi modul pengajian dan infrastruktur kepada penuntut-penuntut di sini.



Matlamat

Matlamat kami ialah muwujudkan satu perkampungan pengajian moden yang melahirkan hafiz/hafizoh untuk generasi akan datan. Dengan infrastruktur yang moden tanpa pengurusan yang cekap juga tidak pengurusan yang cekap juga tidak akan menghasilkan kejayaan, oleh itu sata badan pengurusan yang telus dan perancangan yang teratur serta teliti akan dibentuk.
Insyaallah, sekiranya pengurusan ditadbir secara professional dan infrastrktur yang ada merupakan yang termoden maka kami yakin kami mampu menawarkan sesuatu perkhidmatan yang terbaik kepada dunia islam khususnya kepada masyarakat setempat dan kepada Negara Malaysia amnya.

Selain itu, kami mahu memartabatkan agama Islam kearah yang tertinggi dari agama-agama yang lain. Buangkan pra sangka buruk masyarakat sekarang baik orang kafir mahupun orang Islam sendiri iaitu “ikut Islam kita tidak akan maju”. Ubah pra sangka ini kepada “ikut Islam kita lebih maju” Insyaallah sepertimana yang dicontohi oleh Rasulullah S.A.W. junjungan besar Nabi kita.



Pembiayaan

Perancangan yang teratur dan teliti dan infrastruktur yang moden tidak akan menjadi kenyataan sekiranya tidak mempunyai keupayaan kewangan yang mencukupi. Apa yang ada sekarang tidak akan mampu direalisasikan atau diterjemahkan.
Oleh itu bantuan kewangan amat diperlukan untuk:-

1. Membayar elaun tenaga pengajar dan kakitangan dengan nilai lebih tinggi dari yang mereka dapat sekarang. Ini penting bagi menampung kos sara hidup yang tinggi sekarang. Untuk pengetahuan, elaun tenaga pengajar dan kakitangan hanya bergantung hasil pembayaran yuran bulanan para pelajar. (rujuk carta elaun tenaga pengajar dan kakitangan di belakang). Mengikut perhitungan dengan jumlah pelajar yang ada sekarang memanglah mencukupi, tetapi jangan lupa hasil pendapaan yuran bulanan ini jugalah segala bil seperti bil air, api, terlefon dan kos penyelengaraan dibayar. Ini tidak lagi dikira pelajar yang gagal menjelaskan yuran mereka mengikut masa yang ditetapkan.

2. Manyediakan meja rehatl Buat masa ini pelajar menggunakan papan rehal biasa. Ini tidak sesuai untuk pelajar tahfiz.

3. Membina tempat pengajian yang lebih luasa dan selesa. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pusat pengajian hanya dibuat di madrasah dan rumah yang ruang pengajian terhad. Ini menimbulkan suasana yang tidak selesa buat pelajar, tenaga pengajar sewaktu pengajian berjalan, serta para waris sendiri khususnya sewaktu hendak menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sebabkan kesesakan oleh kenderaan. Adalah menjadi matlamat kami, seperti yang dimaklumkan sebelum ini kami ingin membangun pusat pengajian ini di satu kawasan yang luas dan selesa yang dilengkapi dengan infrastruktur moden.

4. Menaja kusus jangka pendek/panjang kepada tenaga pengajar dan kakitangan. Adalah menjadi satu kewajipan kepada setiap majikan menghantar pekerjanya berkrusus bagi memantapkan lagi prestasi kerja mereka. Bagitu jugalah dengan kami di sini, setiap pekerja akan di hantar berkrusus yang bersesuian dengan bidang kerja mereka.

Rabu, 14 Julai 2010

Hari Permulaan Menulis Blog PTRA

Tepat pada pukul 02.30 am, 15/07/2010 rekaan blog PTRA dibina dengan kurang pengalaman dan kepandaian membuatnya, kami harap dapatlah tunjuk ajar dari pada rakan-rakan sekalian.

Sekian terima kasih